Tuesday, October 9, 2007

Hari Ini Dalam Sejarah...Lahirnya Angkasawan Pertama Malaysia


Buat tatapan semua, pastinya seluruh rakyat Malaysia tak sabar menanti detik 10 Oktober jam 9.21 malam. Seperti orang lain, saya dan anak-anak saya juga meminati untuk mengetahui tentang Program Angkasawan Negera ini. Malah hari-hari membaca berita tentang program berkenaan. Anak saya yang sulung iaitu Faiz memang minat sangat dengan subjek sains terutama tentang angkasalepas. Sejak berumur 8 tahun dia dah menanam cita-cita nak jadi angkasawan, tapi as a mother saya beritahu dia untuk apa jadi angkasawan, macam tak logik pula. Tapi tak sangka ia menjadi kenyataan kerana Malaysia bakal ada angkasawan pertamanya dalam beberapa jam lagi. Faiz juga sudah menghafal nama-nama planet sejak umur 9 tahun dan mengikut perkembangan alam cakerawala termasuk penemuan planet baru dan ekspedisi ke planet Marikh. Dengan adanya program angkasawan ini telah membakar semangatnya lagi dan menambah minatnya dalam bidang sains. Anyway kat sini saya nak ucapkan tahniah kepada Dr Sheikh Muszaphar coz' menjadi angkasawan pertama Malaysia dan menjadi ikon kepada anak-anak Malaysia.