Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, akhirnya doa Mak dimakbulkan Allah swt. Tak sangka Faiz dapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR (score 5A). Saban hari, mak doa agar anak-anak mak berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi anak-anak yang soleh dan insan yang mulia di mata masyarakat. Teringat lagi peristiwa setiap malam waktu peperiksaan Faiz, mak dan Faiz akan baca Surah Yasin selepas solat Maghrib. Kita baca sama-sama dan berdoa agar Faiz diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah ketika menjawab soalan-soalan peperiksaan. Alhamdulillah Allah perkenankan jua doa tersebut dan ini adalah merupakan perjuangan pertama Faiz dalam bidang akademik. Masih banyak cabaran di hadapan dan semoga Faiz akan terus berusaha. Jangan biarkan kejayaan ini mengaburi mata Faiz sebaliknya biarlah kejayaan ini menjadi awal cahaya di masa hadapan. Doa mak agar adik-adik Faiz akan mengikut jejak langkah Faiz untuk berjaya. Insya Allah...
Air mata kegembiraan seorang ibu mengallir jua tatkala melihat kejayaan anaknya. Semoga air mata itu akan menjadi penawar di dalam menempuh segala kepayahan Faiz.
Mak Faiz, Adam, Faris & Aizam.
Thursday, November 15, 2007
Tuesday, November 6, 2007
Salam Aidilfitri pada 25 Syawal 1428H
Assalamualaikum,
Harap masih tak terlewat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat umat Islam semua. Lama tak update blog ni coz kesibukan dengan preparation Hari Raya dan selepas Hari Raya, tak sihat pula. Biasalah dengan keadaan macam ni. Faiz dan seminggu lebih tak ke sekolah, puncanya demam dan sekarang sakit perut (gastrik) pula. Adam, alhamdulillah dah start ke sekolah minggu ni. Faris dan Aizam pula dah pergi rumah 'mama' mereka hari ni coz mak dah start kerja. Semuanya tak sihat termasuk Mak. Demam, batuk, selsema (complete set) dan perut pun mula tak sedap.
Cerita Angkasawan dah balik ke bumi pun dah lama habis. Terbaru Dr Sheikh ke Moscow semula ada special ceremony for our cosmonout. Tahniah sekali lagi & takziah atas pemergian adik tersayang. Bagi anak-anak gadis yang minat dgn Dr Sheikh, tentu frust coz yesterday newspaper Dr Sheikh ada beritahu dia akan berkahwin before thn 2009. Jgn Frust... Ramai lagi jejaka di luar sana...So harap-harap lenyaplah segala fitnah ke atas Dr Sheikh yang melemparkan berbagai tohmahan kepada beliau. Saya rasa happy dengan news tersebut, semoga berbahagia Dr Sheikh dan gadis yang bertuah tersebut. Insya Allah.

Subscribe to:
Posts (Atom)