Thursday, November 15, 2007

Hari Ini Keluar Result UPSR...

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, akhirnya doa Mak dimakbulkan Allah swt. Tak sangka Faiz dapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR (score 5A). Saban hari, mak doa agar anak-anak mak berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi anak-anak yang soleh dan insan yang mulia di mata masyarakat. Teringat lagi peristiwa setiap malam waktu peperiksaan Faiz, mak dan Faiz akan baca Surah Yasin selepas solat Maghrib. Kita baca sama-sama dan berdoa agar Faiz diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah ketika menjawab soalan-soalan peperiksaan. Alhamdulillah Allah perkenankan jua doa tersebut dan ini adalah merupakan perjuangan pertama Faiz dalam bidang akademik. Masih banyak cabaran di hadapan dan semoga Faiz akan terus berusaha. Jangan biarkan kejayaan ini mengaburi mata Faiz sebaliknya biarlah kejayaan ini menjadi awal cahaya di masa hadapan. Doa mak agar adik-adik Faiz akan mengikut jejak langkah Faiz untuk berjaya. Insya Allah...
Air mata kegembiraan seorang ibu mengallir jua tatkala melihat kejayaan anaknya. Semoga air mata itu akan menjadi penawar di dalam menempuh segala kepayahan Faiz.

Mak Faiz, Adam, Faris & Aizam.

No comments: