Wednesday, January 9, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429H

Assalamualaikum,

Firstly diucapkan selamat menyambut tahun baru bagi semua umat Islam. Bagaimana dengan tahun 1428H yang akan berakhir? Cukupkah amalan kita di dunia? Bagaimana pula dengan tahun baru 1429H? Agaknya apa pula cita-cita atau impian kita pada tahun baru ini. Walau bagaimanapun, didoakan agar kita semua akan sentiasa berada didalam keadaan sihat selalu hendaknya disamping mempeolehi kejayaan di dunia & akhirat. Moga dimurahkan rezeki kita dan diberi petunjuk dan hidayah dari Allah swt.
Walau dimana kita berada pastikan kita sentiasa taat dan patuh akan perintah Allah dan menjadi umat Nabi Muhammad yang setia mengikut sunnahnya. Insyaallah...

*** MENJANA UMMAH GEMILANG ***

Tuesday, January 1, 2008

Selamat Menyambut Tahun 2008...

Sekali lagi, apabila masuk tahun baru akan mengingatkan kita tentang bertambahnya usia kita.Kadang-kadang terasa makin tua pula, walaupun anak-anak kata 'mak belum tua lagi, tak macam mak tok ataupun tok...' Bagi mereka orang tua adalah seperti tok yang dah beruban. Budak-budak macam tulah...
Yesterday pergi ke book stall, nak beli buku ekonomi tapi tak ada pula. Atlast terus capai satu lagi novel. Dah banyak collection, pelbagai penulis. Kadang-kadang tu bila beli baca dalam 10 pages bila tak menarik, stop terus. Rugi jugakan?
Tapi yang tak boleh lupa bila boleh khatam berkali-kali macam novel Adam & Hawa, Ombak Rindu dan a few lagi. Memang best especillay novelist tu suka describe pula watak dan rupa hero. Tak terbayang macam mana handsomenya hero tu. Macam Adam & Hawa, macam mana la rupa Adam Mukhriz tu... handsome sangat la, susah nak gambarkan secara realiti.
2 Januari 2008, Faiz ada taklimat di Sek Men (L) Al MAshoor, excited sungguh nak start sekolah ni. Jangan hangat-hangat tahi ayam dah la... Adm still cool & relax. Yg ni problem sikit dgn my 2nd son. Susah nak baca apa yang tersirat di hati, tak suka pun dia tak protes, takut dipendam dalam hati saja. Tapi masih manja dgn mak dia... Kalau panggil nak peluk, nampak happy sangat maybe jarak 5 tahun dengan adik dia si Faris tu.
Well... apa azam tahun ni? Every year the same questions, but never have an answer. Nak berazam takut tak terbuat pula. Next week pula tahun baru lagi tapi Awal Muharram 1429H. Moga bertambah amalan setiap tahun dan diberi kebahagian, kesejahteraan dan kejayaan di dunia dan akhirat.
Ok... Happy New Year for blog visitors, moga dirahmati Allah selalu... Insya Allah.

Sunday, December 30, 2007

Tahun 2007 akan berakhir...

Tinggal beberapa jam before tahun 2008 bermula, banyak memories tahun 2007 ada suka dan duka. Tahun 2007 telah menjadikan saya seorang pelajar jarak jauh. Sibuk dengan orientasi, assignments, class dan sebagainya. Faiz menamatkan pengajian sekolah rendah pada tahun ini dengan cemerlangnya dan tahun 2008 akan bermula kehidupan baru sebagai pelajar sekolah menengah. Adam still di sekolah yg sama. Faris masih tak nak pergi tadika next year. Don't worry... you can still enjoy and play with your little brother, Aizam. Kejap saja masa berjalan dan menunjukkan usia yang makin meningkat. Ilmu, amalan masih belum cukup...Waktu berganjak dengan pantas.
Kenangan yang paling sedih adalah ketika Tok meninggalkan kami semua.

Bila fikirkan tahun 2008 yang bakal tiba, mula terasa pening fikirkan persekolahan anak-anak especially Faiz yang memulakan pengajian sekolah menengah. Semuanya serba baru but he is very excited to study at his new school- Sek Men (A) Al Mashoor Lelaki. Maybe ada a few friends dari sekolah rendah yang sama ke sekolah tu, so tak lah rasa terasing sangat bagi dia. Dia insist nak pergi sekolah agama walaupun pada masa yang sama di dapat tawaran ke Sekolah Penang Free. As a mother, I always encourage him, tak kisah sekolah mana pun tapi yang pasti minat mesti ada.
Adam pula... mesti belajar lebih lagi... And I myself must study hard too in order to get good result in my final this April. Insyaallah...

Sunday, December 23, 2007

Pemergian Tok Tersayang...

Tanggal 11 Zulhijjah 1428H pada petang Jumaat, Tok meninggalkan kami semua setelah menderita sakit kanser pada usia 84 tahun 2 bulan. Actually sakit yang Tok alami hanya dapat dikesan selepas Hari Raya Aidil Fitri yang lalu. Setelah mengadu tak ada selera nak makan dan sakit perut tok dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan Tok diserang kanser. Tapi tak tau sejauh mana kritikalnya ketika itu. Sedih bila mengenangkan tak dapat menziarahi Tok pada Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini.
Kenangan bersama Tok tak dapat dilupakan kerana perhubungan yang memang rapat dengan Tok sejak kecil lagi. Terimbas kembali zaman anak kecil bermain-main di kampung Tok, menangkap pepatung dengan getah ciku, mandi air telaga, menangkap anak ikan dan alangkah seronoknya jika dapat diulang kembali zaman tersebut. Tok tak pernah merasa penat ketika itu melayan kami semua cucu-cucunya.
Sekarang Tok dah tak ada... yang tinggal hanya Tok Wan yang ketika ini sangat sedih mengenangkan Tok. Semalam Tok Wan demam. Mungkin teringatkan Tok setelah hampir 65 tahun tinggal bersama. Ketika Tok Wan dapat tahu Tok sakit, setiap malam selepas solat Isyak Tok Wan akan memanggil-manggil nama Tok. Tok Wan menjadi penunggu setia di sisi Tok. Tok Wan menangis apabila melihat Tok dalam keadaan menderita. Saat Tok dikafankan, bergenang air mata Tok Wan melihat setiap detik yang berlaku. Tok Wan begitu tabah ketika mayat Tok diusung keluar dari rumah. Tok Wan redha dengan apa yang terjadi...Kami cucu-cucunya amat sedih dengan apa yang terjadi, namun sebagai manusia kita harus menerima qada' dan qadar Allah. Semuanya di tangan Allah. Apa yang dapat diharapkan agar Roh Tok akan bersama-sama dengan orang yang beriman di sana dan aman bahagia hendaknya. Al Fatihah untuk Tok...

Thursday, November 15, 2007

Hari Ini Keluar Result UPSR...

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, akhirnya doa Mak dimakbulkan Allah swt. Tak sangka Faiz dapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR (score 5A). Saban hari, mak doa agar anak-anak mak berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi anak-anak yang soleh dan insan yang mulia di mata masyarakat. Teringat lagi peristiwa setiap malam waktu peperiksaan Faiz, mak dan Faiz akan baca Surah Yasin selepas solat Maghrib. Kita baca sama-sama dan berdoa agar Faiz diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah ketika menjawab soalan-soalan peperiksaan. Alhamdulillah Allah perkenankan jua doa tersebut dan ini adalah merupakan perjuangan pertama Faiz dalam bidang akademik. Masih banyak cabaran di hadapan dan semoga Faiz akan terus berusaha. Jangan biarkan kejayaan ini mengaburi mata Faiz sebaliknya biarlah kejayaan ini menjadi awal cahaya di masa hadapan. Doa mak agar adik-adik Faiz akan mengikut jejak langkah Faiz untuk berjaya. Insya Allah...
Air mata kegembiraan seorang ibu mengallir jua tatkala melihat kejayaan anaknya. Semoga air mata itu akan menjadi penawar di dalam menempuh segala kepayahan Faiz.

Mak Faiz, Adam, Faris & Aizam.

Tuesday, November 6, 2007

Salam Aidilfitri pada 25 Syawal 1428H

Assalamualaikum,

Harap masih tak terlewat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat umat Islam semua. Lama tak update blog ni coz kesibukan dengan preparation Hari Raya dan selepas Hari Raya, tak sihat pula. Biasalah dengan keadaan macam ni. Faiz dan seminggu lebih tak ke sekolah, puncanya demam dan sekarang sakit perut (gastrik) pula. Adam, alhamdulillah dah start ke sekolah minggu ni. Faris dan Aizam pula dah pergi rumah 'mama' mereka hari ni coz mak dah start kerja. Semuanya tak sihat termasuk Mak. Demam, batuk, selsema (complete set) dan perut pun mula tak sedap.
Cerita Angkasawan dah balik ke bumi pun dah lama habis. Terbaru Dr Sheikh ke Moscow semula ada special ceremony for our cosmonout. Tahniah sekali lagi & takziah atas pemergian adik tersayang. Bagi anak-anak gadis yang minat dgn Dr Sheikh, tentu frust coz yesterday newspaper Dr Sheikh ada beritahu dia akan berkahwin before thn 2009. Jgn Frust... Ramai lagi jejaka di luar sana...So harap-harap lenyaplah segala fitnah ke atas Dr Sheikh yang melemparkan berbagai tohmahan kepada beliau. Saya rasa happy dengan news tersebut, semoga berbahagia Dr Sheikh dan gadis yang bertuah tersebut. Insya Allah.