Tinggal beberapa jam before tahun 2008 bermula, banyak memories tahun 2007 ada suka dan duka. Tahun 2007 telah menjadikan saya seorang pelajar jarak jauh. Sibuk dengan orientasi, assignments, class dan sebagainya. Faiz menamatkan pengajian sekolah rendah pada tahun ini dengan cemerlangnya dan tahun 2008 akan bermula kehidupan baru sebagai pelajar sekolah menengah. Adam still di sekolah yg sama. Faris masih tak nak pergi tadika next year. Don't worry... you can still enjoy and play with your little brother, Aizam. Kejap saja masa berjalan dan menunjukkan usia yang makin meningkat. Ilmu, amalan masih belum cukup...Waktu berganjak dengan pantas.
Kenangan yang paling sedih adalah ketika Tok meninggalkan kami semua.
Bila fikirkan tahun 2008 yang bakal tiba, mula terasa pening fikirkan persekolahan anak-anak especially Faiz yang memulakan pengajian sekolah menengah. Semuanya serba baru but he is very excited to study at his new school- Sek Men (A) Al Mashoor Lelaki. Maybe ada a few friends dari sekolah rendah yang sama ke sekolah tu, so tak lah rasa terasing sangat bagi dia. Dia insist nak pergi sekolah agama walaupun pada masa yang sama di dapat tawaran ke Sekolah Penang Free. As a mother, I always encourage him, tak kisah sekolah mana pun tapi yang pasti minat mesti ada.
Adam pula... mesti belajar lebih lagi... And I myself must study hard too in order to get good result in my final this April. Insyaallah...
Sunday, December 30, 2007
Sunday, December 23, 2007
Pemergian Tok Tersayang...
Tanggal 11 Zulhijjah 1428H pada petang Jumaat, Tok meninggalkan kami semua setelah menderita sakit kanser pada usia 84 tahun 2 bulan. Actually sakit yang Tok alami hanya dapat dikesan selepas Hari Raya Aidil Fitri yang lalu. Setelah mengadu tak ada selera nak makan dan sakit perut tok dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan Tok diserang kanser. Tapi tak tau sejauh mana kritikalnya ketika itu. Sedih bila mengenangkan tak dapat menziarahi Tok pada Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini.
Kenangan bersama Tok tak dapat dilupakan kerana perhubungan yang memang rapat dengan Tok sejak kecil lagi. Terimbas kembali zaman anak kecil bermain-main di kampung Tok, menangkap pepatung dengan getah ciku, mandi air telaga, menangkap anak ikan dan alangkah seronoknya jika dapat diulang kembali zaman tersebut. Tok tak pernah merasa penat ketika itu melayan kami semua cucu-cucunya.
Sekarang Tok dah tak ada... yang tinggal hanya Tok Wan yang ketika ini sangat sedih mengenangkan Tok. Semalam Tok Wan demam. Mungkin teringatkan Tok setelah hampir 65 tahun tinggal bersama. Ketika Tok Wan dapat tahu Tok sakit, setiap malam selepas solat Isyak Tok Wan akan memanggil-manggil nama Tok. Tok Wan menjadi penunggu setia di sisi Tok. Tok Wan menangis apabila melihat Tok dalam keadaan menderita. Saat Tok dikafankan, bergenang air mata Tok Wan melihat setiap detik yang berlaku. Tok Wan begitu tabah ketika mayat Tok diusung keluar dari rumah. Tok Wan redha dengan apa yang terjadi...Kami cucu-cucunya amat sedih dengan apa yang terjadi, namun sebagai manusia kita harus menerima qada' dan qadar Allah. Semuanya di tangan Allah. Apa yang dapat diharapkan agar Roh Tok akan bersama-sama dengan orang yang beriman di sana dan aman bahagia hendaknya. Al Fatihah untuk Tok...

Thursday, November 15, 2007
Hari Ini Keluar Result UPSR...
Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, akhirnya doa Mak dimakbulkan Allah swt. Tak sangka Faiz dapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR (score 5A). Saban hari, mak doa agar anak-anak mak berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi anak-anak yang soleh dan insan yang mulia di mata masyarakat. Teringat lagi peristiwa setiap malam waktu peperiksaan Faiz, mak dan Faiz akan baca Surah Yasin selepas solat Maghrib. Kita baca sama-sama dan berdoa agar Faiz diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah ketika menjawab soalan-soalan peperiksaan. Alhamdulillah Allah perkenankan jua doa tersebut dan ini adalah merupakan perjuangan pertama Faiz dalam bidang akademik. Masih banyak cabaran di hadapan dan semoga Faiz akan terus berusaha. Jangan biarkan kejayaan ini mengaburi mata Faiz sebaliknya biarlah kejayaan ini menjadi awal cahaya di masa hadapan. Doa mak agar adik-adik Faiz akan mengikut jejak langkah Faiz untuk berjaya. Insya Allah...
Air mata kegembiraan seorang ibu mengallir jua tatkala melihat kejayaan anaknya. Semoga air mata itu akan menjadi penawar di dalam menempuh segala kepayahan Faiz.
Mak Faiz, Adam, Faris & Aizam.
Air mata kegembiraan seorang ibu mengallir jua tatkala melihat kejayaan anaknya. Semoga air mata itu akan menjadi penawar di dalam menempuh segala kepayahan Faiz.
Mak Faiz, Adam, Faris & Aizam.
Tuesday, November 6, 2007
Salam Aidilfitri pada 25 Syawal 1428H
Assalamualaikum,
Harap masih tak terlewat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat umat Islam semua. Lama tak update blog ni coz kesibukan dengan preparation Hari Raya dan selepas Hari Raya, tak sihat pula. Biasalah dengan keadaan macam ni. Faiz dan seminggu lebih tak ke sekolah, puncanya demam dan sekarang sakit perut (gastrik) pula. Adam, alhamdulillah dah start ke sekolah minggu ni. Faris dan Aizam pula dah pergi rumah 'mama' mereka hari ni coz mak dah start kerja. Semuanya tak sihat termasuk Mak. Demam, batuk, selsema (complete set) dan perut pun mula tak sedap.
Cerita Angkasawan dah balik ke bumi pun dah lama habis. Terbaru Dr Sheikh ke Moscow semula ada special ceremony for our cosmonout. Tahniah sekali lagi & takziah atas pemergian adik tersayang. Bagi anak-anak gadis yang minat dgn Dr Sheikh, tentu frust coz yesterday newspaper Dr Sheikh ada beritahu dia akan berkahwin before thn 2009. Jgn Frust... Ramai lagi jejaka di luar sana...So harap-harap lenyaplah segala fitnah ke atas Dr Sheikh yang melemparkan berbagai tohmahan kepada beliau. Saya rasa happy dengan news tersebut, semoga berbahagia Dr Sheikh dan gadis yang bertuah tersebut. Insya Allah.

Tuesday, October 9, 2007
Hari Ini Dalam Sejarah...Lahirnya Angkasawan Pertama Malaysia
Buat tatapan semua, pastinya seluruh rakyat Malaysia tak sabar menanti detik 10 Oktober jam 9.21 malam. Seperti orang lain, saya dan anak-anak saya juga meminati untuk mengetahui tentang Program Angkasawan Negera ini. Malah hari-hari membaca berita tentang program berkenaan. Anak saya yang sulung iaitu Faiz memang minat sangat dengan subjek sains terutama tentang angkasalepas. Sejak berumur 8 tahun dia dah menanam cita-cita nak jadi angkasawan, tapi as a mother saya beritahu dia untuk apa jadi angkasawan, macam tak logik pula. Tapi tak sangka ia menjadi kenyataan kerana Malaysia bakal ada angkasawan pertamanya dalam beberapa jam lagi. Faiz juga sudah menghafal nama-nama planet sejak umur 9 tahun dan mengikut perkembangan alam cakerawala termasuk penemuan planet baru dan ekspedisi ke planet Marikh. Dengan adanya program angkasawan ini telah membakar semangatnya lagi dan menambah minatnya dalam bidang sains. Anyway kat sini saya nak ucapkan tahniah kepada Dr Sheikh Muszaphar coz' menjadi angkasawan pertama Malaysia dan menjadi ikon kepada anak-anak Malaysia.
Monday, September 3, 2007
Faiz ambil periksa UPSR
Yesterday Faiz ambik exam UPSR. Minta-minta tu biarlah diberi petunjuk dan Hidayah dari ALLAH swt ketika menjawab soalan-soalan periksa. Mak selalu berdoa agar Faiz diberi kemudahan, kesenangan, ketenangan, Petunjuk dan Hidayah ketika menjawab exam. Justeru itu tak lupa Mak berdoa agar Faiz akan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSR, Insya Allah.
Hari ni Mak start kerja selepas beberapa hari cuti, anyway pagi-pagi tadi Mak dah buat yg terbaik untuk Faiz. Semoga Faiz dapat menjadi contoh untuk adik-adik. Mak doakan selalu untuk anak-anak Mak.
Hari ni Mak start kerja selepas beberapa hari cuti, anyway pagi-pagi tadi Mak dah buat yg terbaik untuk Faiz. Semoga Faiz dapat menjadi contoh untuk adik-adik. Mak doakan selalu untuk anak-anak Mak.
Wednesday, August 29, 2007
Tuesday, August 28, 2007
Assalamualaikum untuk pengunjung blog,
Buat pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih bagi pengunjung yang sudi mengunjungi blog saya yang tak seberapa ini. First of all, biarlah saya cerita tentang family saya. Saya mempunyai empat orang putera yang 'handsome' dan 'macho' (hehehe...). Putera yang pertama Muhammad Alif Faiz yg bakal menduduki UPSR minggu depan (Mak doakan agar Faiz berjaya dengan cemerlang), yang kedua Muhammad Adam Fikri (sentimental sikit), yang ketiga Muhammad Akmal Faris(lasak sikit) dan yang keempat Muhammad Aizam Farhin (gerammm dgn kelakunya). Anyway walau bermacam ragam yang ada saya tetap happy dgn mereka. Sunyi tatkala salah seorang tiada bersama-sama. Rasa tak lengkap hidup ini tanpa salah seorang dari mereka. Justeru itu saya kerap membawa mereka semua ke mana saja saya pergi. Walaupun hati ini teringin juga nak baby girl, tapi tak kisahlah mereka berempat pun sudah cukup menggembirakan hati ini. Anak amanah Allah. Perlu diberi kasih sayang, pendidikan dan ilmu dunia akhirat. Semoga anak-anakku akan menjadi seorang yang berwibawa, anak yang soleh dan sentiasa membahagiakan hati mak dan ba.
Subscribe to:
Posts (Atom)